Maja Noorzain
Official page For Noorazmahirah Binti Noorzain.
30/08/2026
Hari ini saya meninjau perkembangan projek Lebuhraya Pan Borneo Serusup–Pinturu (WP09) sepanjang 20.8 kilometer di Tuaran yang sedang berjalan mengikut perancangan.
Projek bernilai RM465 juta ini merupakan antara usaha penting untuk memperkukuhkan jaringan perhubungan dan kemudahan infrastruktur di kawasan Tuaran sekali gus memberi manfaat kepada rakyat serta aktiviti ekonomi setempat.
Jambatan sepanjang 682 meter yang merentasi Sungai Sulaman p**a dijangka siap pada Disember tahun depan manakala keseluruhan projek dijadualkan siap pada Julai 2028.
Saya berharap pelaksanaan projek ini terus dipantau dan diselaraskan dengan baik supaya dapat disiapkan mengikut jadual serta memberikan manfaat kepada rakyat sebaik sahaja beroperasi.
12/08/2026
12 Ogos 2026 | Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Aminuddin Papar
Alhamdulillah...hari ini saya bersama Beliawanis Papar ke Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah menyantuni adik-adik tahfiz dan menyampaikan sumbangan daripada Beliawanis Negeri, berupa barangan makanan basah dan makanan ringan.
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Papar adalah cawangan yang ke 3 yang ada di Negeri Sabah selain di Tawau dan Kingfisher dan memiliki seramai lebih kurang 40 orang pelajar.
Semoga bantuan yang diberikan bermanfaat buat para pelajar. Terima kasih kerana sudi menjamu kami dengan juadah masakan Turki, daging kurban yang disembelih & dimasak sendiri oleh para pelajar. Semoga adik-adik tahfiz dipermudah segalanya dalam sesi pembelajaran.
15/07/2026
12/07/2026
🌿 Program Santai Hiking Pergerakan Beliawanis Bahagian Pitas | Piniapat Hill ⛰️
Jauh saya hadir ke Daerah Pitas memenuhi jemputan program hiking santai bersama Beliawanis Pitas. Alhamdulillah..pengalaman yang gembira. Program yang menyihatkan, menikmati keindahan alam, mengeratkan silaturahim, semangat kebersamaan & mencipta memori kenangan bersama di Bukit Piniapat.
Saya bersama Ketua Beliawanis Negeri, Cik Emmie Datuk Martin Idang serta Ahli Jawatankuasa Negeri turut bersama menyertai aktiviti ini.
Tahniah dan terima kasih kepada Beliawanis Pitas dan semua yang terlibat dalam menjayakan Program Santai Hiking Pergerakan Beliawanis Bahagian Pitas di Piniapat Hill. 🌱✨
17/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H.
Semoga tahun baru ini menjadikan kita versi yang lagi baik dari sebelumnya dan terus membahagiakan diri sendiri.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha buat sahabat2 semua.
Selamat menjalani ibadah korban, dan semoga segala amal diterima Allah SWT 🤲🏻
Maaf zahir & batin 🙏🏻💜
21/05/2026
20hb Mei 2026 | Tongod
Tongod merupakan salah sebuah daerah yang terbesar dan terletak di tengah - tengah Negeri Sabah.
Saya hadir menyertai rombongan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ke Daerah Tongod untuk dua majlis yang diadakan, Perasmian Bangunan Mahkamah Anak Negeri & seterusnya di sebelah petang Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod.
Kehadiran YAB Ketua Menteri ke Daerah Tongod ini bukanlah yang pertama kalinya, namun ini adalah siri lawatan yang ke-4 sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri. Keprihatinan beliau terhadap rakyat di Daerah Tongod mencerminkan bahawa beliau adalah pemimpin untuk semua, tidak kira di mana kedudukan geografi waima di bandar atau di luar bandar tidak akan terlepas pandang dalam pemerhatian beliau.
Tahniah rakyat Tongod ! Teruslah menyokong Kerajaan GRS kerana kerajaan ini adalah yang bekerja untuk rakyatnya.
Sehingga berjumpa lagi Tongod ! ☺️
Pemimpin yang baik itu adalah pemimpin untuk semua. Jangan sombong, jangan ego, jangan lupa asal usul ! Kekuatan sebenar sesebuah parti adalah datang daripada ahli-ahli di akar umbi…
17/05/2026
17 Mei 2026 | SICC
Sesi santai, eratkan ukhwah dan terus memperkukuhkan semangat perjuangan bersama barisan Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah 🌸
Bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi ruang untuk berkongsi pandangan, menyusun gerak kerja serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan anak muda wanita yang terus komited membawa suara rakyat dan membina masa depan Sabah yang lebih baik.
Dengan semangat kebersamaan, Beliawanis akan terus melangkah ke hadapan sebagai nadi kekuatan wanita muda yang aktif, berwibawa dan sentiasa dekat dengan masyarakat .
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
88###; 89###