22/08/2026
Laporan: Alor Setar Marathon 2026
Telah berlangsungnya acara Alor Setar Marathon pada minggu yang lalu dimana antara acara yang ditunggu-tunggu oleh para pelari Malaysia dek kerana laluannya yang agak rata dan sangat sesuai untuk para pemula dan pengejar catatan rekod baharu.
Acara yang meliputi pelbagai kategori bermula dengan jarak 1km sehinggalah 42.2km atau Marathon Penuh turut dihadiri oleh beberapa orang wakil Team melalui beberapa tempat ikonik Kota Setar yang penuh dengan ketenangan.
Berikut adalah keputusan wakil team yang berjaya mendapatkan podium:
Kategori 21.1km Lelaki Veteran:
ππ» Azrulnizam aka Ijea
π Juara Kategori
ππ» Engku Azmi aka Abe Raja
π
Ke-6 Kategori (Rekod Peribadi Baharu)
Tahniah kami ucapkan kepada mereka atas kejayaan berkenaan! Tahniah juga diucapkan kepada lain-lain ahli team Yusman, Zul, Basir dan Humairah kerana berjaya menamatkan larian dengan jayanya! Kami bangga dengan anda semua! π₯³
Tahniah buat anda semua walau apa jua keputusan. Teruskan mencuba kerana suatu hari nanti pasti anda akan berjaya! πͺπ»π€©
Keputusan rasmi:
https://runnersunite.racetecresults.com/results.aspx?CId=16634&RId=1353&EId=5&dt=0&g=1&c=30
Gambar rasmi:
https://sspix.photohawk.com/galleries/alor-setar-marathon-2026
-sixsixsix jalan rata ke bukit merata ke tetap bonk di separuh jalan sebab malas training π₯Ή-
27/07/2026
Laporan: Yala Marathon 2026
Dan kembali lagi bersiaran untuk acara kemuncak tahunan. Acara rutin yang kami sertai bermula dari 2022 - 2026.
Tahun ini kami DDR berkolaborasi dengan MJR Group untuk pelbagai kategori acara bermula dari 10.5km digelar Mini Marathon, Separuh Marathon sehingga ke Marathon Penuh.
Kenapa Yala Marathon? Kerana acara ini "the best deep Southern Thailand Marathon Event". Ya, tidak salah untuk mereka mengaku perkara ini! π€©
Keputusan team DDR boleh dirujuk dipautan berikut:
https://www.facebook.com/share/r/1CHyQAcPxN/
Tahniah kami ucapkan kepada anda semua para pemenang, anda yang berjaya pecahkan rekod peribadi baharu dan anda semua yang berjaya tamatkan larian! Kami sentiasa bangga dengan anda! ππ»π₯³
Teruskan kejayaan cemerlang! Teruskan latihan berterusan! Suatu hari nanti anda pasti berbangga dengannya! πͺπ»
Jumpa anda di Yala Marathon 2027 nanti! π€©
Keputusan rasmi acara:
https://main.42one95.com/v1/yalaliving26/eslip/authen
Gambar rasmi acara:
https://main.42one95.com/photo/yalaliving26/search
Lagi keterangan di gambar-gambar disertakan.
-admin sixsixsix masih bonk walaupun lari funrun 5km saja. harap tahun depan ada funwalk 3kmπ₯²-
26/06/2026
Laporan: Malaysia Open Athletics Championship 2026
Kejohanan Olahraga yang paling berprestij di Malaysia yang disertai oleh para pemegang rekod kebangsaan bermula dari Raja Pecut 100m Malaysia, Azeem Fahmi sehinggalah Raja Jarak Jauh 42.2km Malaysia, Leo Tan.
Kejohanan Trek dan Padang ini berlangsung pada 19-21 Jun yang lalu di Stadium UPM turut disertai oleh atlet-atlet Team Radelea Runner dibawah kendalian Coach Azam Radelea Runner dan berjaya peroleh keputusan rasmi seperti berikut:
10,000m Lelaki
ππ» Farhan aka Kura-kura
β±οΈ 33:27 (PR)
ππ» Thohaa aka Kipchohaa
β±οΈ 35:56
5,000m Lelaki
ππ» Thohaa aka Kipchohaa
β±οΈ 16:16 (PR)
ππ» Farhan aka Kura-kura
β±οΈ 18:14
1,500m Lelaki
ππ» Haiman aka CengMan
β±οΈ DNS - Lapor Diri IPT
Antara pandangan menarik dari pemegang rekod kebangsaan jarak jauh berkenaan kejohanan ini:
"Diorang masih muda tapi jauh lagi laju dari saya ketika sebaya diorang. Saya percaya kalau terus komited, mereka lagi laju dari saya ketika era terbaik (prime time) nanti.."
(Prabudass Krishnan, Juara 10,000m & Pemegang Rekod Kebangsaan Separuh Marathon)
"Sangat baik melihat ramai pelari muda yang berlari sangat laju. Masa depan sukan larian negara sangat cerah.."
(Leo Tan, Pemegang Rekod Kebangsaan Marathon Penuh)
Tahniah kami ucapkan kepada adik-adik semua. Tahniah kepada jurulatih yang melatih mereka tanpa jemu. Tahniah buat semua peserta walau apa jua keputusan. Anda hebat dan terbaik!
Bersama kita mengangkat sukan larian ke persada antarabangsa!
Keputusan Rasmi: https://athleticsover.saeca.asia/Event/MAF2026
Gambar adalah hakmilik sepenuhnya FB Olahraga Malaysia dan Arena Malaysia Asia.
-admin sixsixsix lumba kategori perempuan pun belum tentu dapat top 10. diorang ni ada jantung ke tak eah?!-
18/06/2026
Tahniah Kakak Raisya dan Cikgu Haikal! ππ»
Semoga terus menjadi inspirasi untuk semua! π₯³
-666-
01/06/2026
Laporan: Radelea Time Trial 2026
Telah berlangsungnya acara ujian masa anjuran Team Radelea Runner hasil dari idea yang dicetuskan oleh Coach Azam Radelea Runner. Acara ini adalah acara yang pertama kalinya dibuka untuk semua dimana acara-acara sebelum ini adalah terhad kepada ahli-ahli sahaja.
Acara yang bertitik tolak dari perbualan ringkas selepas latihan harian ini dirancang dan direalisasikan dalam masa seminggu. Syukur kepada Tuhan kerana permudahkan segala urusan sebelum, semasa dan sesudah acara.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama kami Mami PS Papayo, penaja rasmi Pusat Pengajian Panji dan penaja-penaja bersama MJR Arena Printing, EnerMAXX dan Fath Petro Service. Terima kasih kerana anda membantu merealisasikan impian kerdil kami ini! π
Terima kasih kepada para petugas-petugas atas komitmen yang diberikan dan semestinya ribuan terima kepada anda semua yang menyertai acara sulung kami ini! Anda semua adalah juara kerana berani menyahut cabaran kami! Tahniah dan tahniah! π₯³
Segala kekurangan, kelemahan dan kesilapan kami mohon beribu kemaafan. Jumpa kalian di acara kami yang seterusnya! π€©
Keputusan Rasmi: https://www.facebook.com/share/p/1BJFVN6FBV/
Gambar Rasmi: https://www.facebook.com/share/p/1FHswwUR6Q/
-tengok timing diorang ni sixsixsix guna basikal pun belum tentu dapat kejar! Korang lari ke terbang ni?! π΅βπ«-
24/05/2026
TRR Time Trial 2026!
Ayuh semua! π€©π€©π€©
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Jom sertai Radelea Time Trial Challenge 2026 Program latihan ala ala event sebenar ini dibuat sebagai platform untuk atlet dan komuniti pelari kekal cergas di musim cuti sekolah dan musim perayaan sambil ingin menguji tahap prestasi semasa bagi persediaan Kejohanan Olahraga Mssd/event yang akan datang.
βPush Your Limit Before The Real Battle πββοΈπ¨π¨β
Butiran Time Trial Challenge ini adalah seperti berikut:
ποΈ Tarikh : 29 Mei 2026
β° Masa : 6.15 Pagi
πTempat : Autocity City Tunjong, Jalan Salor-Pasir Mas
7 Kategori : U12 (L/P), U15 (L/P), U18 (L), Terbuka (L/P)
Entitlement: Cash Prize (top π, Lucky Draw, No. Bib, E-Cert, Ligth Refreshment
Semua yang berminat dijemput hadir memeriahkan suasana. Ada hadiah π°π°π° untuk 8 orang masa terpantas bagi setiap kategori dan hadiah cabutan bertuah πππ untuk dimenangi.
βTerbuka untuk semua..Biar ado Meneyβ
Klik link untuk Pendaftaran: https://forms.gle/VKkS7BBzfRSZsDMc7
Tarikh tutup pendaftaran : β 27 Mei 2026 β
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
βοΈ 013-9744483
Nor Syamimi Mohd Nor
π 018-3877570
Rohazam Rosli
(Coach Aje)
Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.