Kelab Sukan Permotoran A&Z

Kelab Sukan Permotoran A&Z

Share

Kelab Sukan Permotoran A&Z telah berdaftar di bawah KBS dan melancarkan program akademik motocross bagi melatih bakat-bakat muda dalam sukan permotoran.

Program ini bertujuan memberi bimbingan teori dan praktikal, membangunkan kemahiran serta kecekapan.

20/09/2024

"🚴‍♂️🔥 Breaking News untuk warga Kluang! 🔥🚴‍♂️

Kami dengan bangga memperkenalkan Akademi Kids Motocross yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Permotoran A&Z! 🏆 Akademi ini dibuka khas untuk melatih kanak-kanak yang berminat dengan sukan motocross, dan memberikan peluang kepada mereka untuk mengasah bakat dari peringkat awal.

Ini adalah inisiatif yang kami harapkan dapat melahirkan pelumba-pelumba handal masa depan! 💪 Tetapi untuk mencapai matlamat ini, kami memerlukan sokongan daripada komuniti Kluang.

Marilah sama-sama kita bantu akademi ini dengan memberi sokongan, sama ada melalui penyertaan, sumbangan, atau sekadar menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Setiap sokongan anda amat berharga bagi memastikan impian anak-anak kita menjadi kenyataan! 🙌

"

23/07/2024

19 Julai 2024 (Jumaat)(Sesi ke-12)

Latihan sesi kali ini tertumpu kepada latihan taktikal dan strategi dalam persediaan untuk perlumbaan yang akan datang di Batu Pahat. Semoga rider-rider cilik ini akan pulang dengan kejayaan dan pengalaman yang berharga 💪🏻

13/07/2024

5 Julai 2024 (Jumaat)(Sesi ke-11)

Rider-rider cilik begitu teruja apabila juara Malaysia Motocross Championship 2023 bagi kategori MX85 dan juga juga juara Malaysia Motocross Championship 2022 bagi kategori MX65, Muhammad Aqil Putra berkongsi ilmu teknik-teknik dalam perlumbaan dan berlatih bersama mereka di Track Ayer Hitam bertujuan untuk memberi peluang kepada rider-rider cilik ini berlatih dan mencari momentum di track-track yang berbeza. Untuk pengetahuan semua, beliau yang baru berumur 14 tahun, akan mewakili Malaysia 🇲🇾 dalam perlumbaan Junior Motocross World Championship 2024 di Belanda 🇱🇺

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Website