16/08/2026
๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐๐ข๐๐ ๐ ๐ฆ๐ฆ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang pemain hoki MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi (MRSMTAAB) yang telah terpilih menjalani pemilihan Fasa 1 Pasukan Hoki MSS Pulau Pinang bagi menghadapi Kejohanan Hoki MSSM 2026:
1. Ahmad Aidil bin Amrul Fadly
2. Muhammad Ridhuan bin Khairul Anuar
3. Muhammad Ariff Nabil bin Rozaidi
4. Muhamad Faris bin Hafizol
Daripada 4 pemain tersebut, Muhammad Ariff Nabil bin Rozaidi dan Muhamad Faris bin Hafizol berjaya meneruskan pemilihan ke Fasa 2.
Lebih membanggakan, Muhamad Faris bin Hafizol berjaya menempatkan diri dalam 18 pemain terbaik yang terpilih untuk mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Hoki MSSM 2026 yang akan berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan dan membuktikan bahawa pelajar MRSM juga mampu bersaing di tahap tertinggi, bersama pelajar-pelajar daripada Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia.
Pencapaian ini menjadi bukti bahawa dengan usaha, disiplin, komitmen dan semangat juang, pelajar MRSM mampu bersaing dan mengharumkan nama sekolah di pentas yang lebih tinggi. ๐ช๐
Tahniah Faris! ๐
Teruskan berusaha, kekalkan fokus dan berikan yang terbaik untuk Pulau Pinang.
Good luck, Faris! Buat yang terbaik di MSSM 2026! ๐ฅ๐
Kami bangga dengan pencapaianmu!
20/07/2026
๐ MRSM SUPER X HOKI 2026
๐
19 Julai 2026
๐ Stadium Hoki Bertam
Boys
vs MRSM Balik Pulau โ menang 6-0
vs MRSM Transkrian โ menang 11-0
๐ TAAB Boys dinobatkan sebagai JOHAN
Girls
vs MRSM Transkrian โ kalah 2-3
vs MRSM Balik Pulau โ menang 4-0
๐ฅ TAAB Girls dinobatkan sebagai NAIB JOHAN
Alhamdulillah. Terima kasih kepada Tuan Pengetua, TPKA, TPPP, TPPB, guru-guru dan semua warga MRSMTAAB atas doa, sokongan dan dorongan yang diberikan kepada pasukan hoki MRSMTAAB.
Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih atas komitmen serta semangat juang yang ditunjukkan.
Teruskan mencipta sejarah. ๐๐
03/07/2026
๐๐ฒ๐ท๐ผ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ธ๐ถ ๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ด (๐ ๐ฆ๐ฆ๐ฃ๐ฃ) ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ
2-3 Julai 2026
Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang
Alhamdulillah. Pasukan Hoki Lelaki 18TKB MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi (MRSMTAAB) berjaya mencipta sejarah apabila muncul sebagai Naib Johan Kejohanan Hoki MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.
Walaupun tewas 0โ2 kepada Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang Mutiara Impian pada perlawanan akhir, anak-anak TAAB mempamerkan semangat juang yang tinggi dan berjaya memecahkan dominasi final MSSPP Negeri yang sejak 2011 hanya melibatkan Mutiara Impian dan Penang Free School.
Tahniah juga kepada Ahmad Aidil yang dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir, sekali gus menambah koleksi anugerah peribadinya selepas menerima pengiktirafan yang sama di MRSM National Hockey Tournament 2025 dan MSSPP Peringkat Seberang Perai 2026.
Terima kasih kepada Tuan Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, jurulatih, ibu bapa dan semua penyokong atas doa dan sokongan yang tidak putus-putus.
Tahniah warga Hoki MRSMTAAB. Kejayaan ini adalah permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan. ๐๐
02/07/2026
Alhamdulillah. Rezeki 2026. Buat julung kali team hoki lelaki MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya ke Final MSSPP Peringkat Negeri bertemu SSN Penang Mutiara Impian. Doakan sejarah terus tercipta. Jom sama2 bagi sokongan kepada pasukan MRSMTAAB.
Empat Gelaran Dipertaruh Pada Final Hoki MSSPP 2026
KEPALA BATAS, 2 Julai โ Bahang saingan Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) Peringkat Negeri 2026 memuncak apabila empat perlawanan akhir dijadual berlangsung esok di Stadium Hoki Bertam, sekali gus menentukan pasukan terbaik sekolah di negeri ini.
Perlawanan akhir bakal menghimpunkan lapan pasukan yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan, dengan aksi pertama kategori Lelaki Bawah 18 Tahun menemukan SMK Mutiara Impian dan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi pada jam 8.00 pagi.
Saingan diteruskan menerusi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun pada jam 8.40 pagi membabitkan SMK Mutiara Impian menentang SM Sains Kepala Batas, sebelum SK Kampung Selamat berdepan SK Bagan Ajam bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun pada jam 9.20 pagi.
Perlawanan terakhir dijangka tidak kurang sengit apabila SK Hashim Awang bertemu SK Seberang Jaya 2 dalam aksi akhir Lelaki Bawah 12 Tahun pada jam 10.00 pagi.
Kejohanan yang bertemakan โMenjana Kecemerlangan Atlet Hokiโ itu bukan sahaja menjadi pentas merebut kejuaraan negeri, malah berperanan sebagai medan mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Penganjuran kejohanan ini turut mencerminkan komitmen berterusan MSSPP dalam memperkukuh pembangunan sukan hoki di sekolah, selain menyemai nilai disiplin, semangat berpasukan dan daya saing dalam kalangan atlet muda.
Orang ramai, ibu bapa, guru serta penyokong sukan hoki dijemput hadir bagi memeriahkan suasana final dan memberikan sokongan kepada semua pasukan yang bakal berentap.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan berlangsung sejurus tamat semua perlawanan bagi meraikan kejayaan pasukan yang muncul juara serta menghargai usaha dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.
15/06/2026
๐ ๐๐๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐น๐ฎ๐๐ผ๐ณ๐ณ
๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐ง๐๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ธ๐
13 June 2026
Our journey came to an end at the playoff stage. While the result is disappointing, every challenge is an opportunity to learn, improve, and grow stronger.
A heartfelt thank you to all players, coaches, team management, parents, and supporters who stood by us throughout the season.
We fall. We learn. We rise again.
๐ฅ Comeback Stronger.
12/06/2026
๐๐ฒ๐ท๐ผ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ธ๐ถ ๐ ๐ฆ๐ฆ๐ฃ๐ฃ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐ญ๐ด๐ง๐๐)
Pasukan Hoki Perempuan 18TKB MRSMTAAB
_Peringkat Kumpulan_
โ
1-0 SMK Seberang Jaya
โ 0-1 SMS Kepala Batas
โ
2-0 BM High School
_Peringkat XY_
โ
1-0 SMK Guar Perahu
โ 0-1 SMK Datuk Haji Abdul Kadir
_Penentuan Tempat Ke-3/4_
โ
1-0 Tun Syed
๐ฅ Tempat Ketiga
Pasukan Hoki Lelaki 18TKB MRSMTAAB
_Peringkat Kumpulan_
โ
4-0 SMK Haji Ahmad Badawi
โ
1-0 SMS Kepala Batas
โ
6-0 SMK St. Mark
_Peringkat XY_
โ
1-0 SMK Bakti
โ 0-0 SMK Datuk Haji Abdul Kadir
_Perlawanan Akhir_
โ 0-1 SMK Tinggi Bukit Mertajam
๐ฅ Naib Johan
Ahmad Aidil bin Amrul Fadly juga telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.
Alhamdulillah, kedua-dua pasukan hoki MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mempamerkan aksi yang cemerlang dengan pencapaian Naib Johan (Lelaki) dan Tempat Ketiga (Perempuan) dari 13 pasukan yang bertanding setiap kategori.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru-guru dan pihak pengurusan atas komitmen, usaha dan sokongan yang diberikan sepanjang kejohanan.
Doakan kejayaan pasukan di peringkat negeri nanti.
24/04/2026
Tahniah kepada pemain hoki Batch Xtrovia SPM 2025 atas pencapaian yang sangat cemerlang dalam SPM.
Istimewa buat Hadif Syahmi yang berjaya meraih keputusan straight A+. Beliau turut menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran sepanjang berada di MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi . Hadif juga merupakan tonggak utama pasukan hoki maktab dan juga pasukan hoki MRSM Pulau Pinang yang beraksi dalam MRSM National Hockey Tournament 2025 (Pahang โ Tempat Ketiga) dan MRSM National Hockey Tournament 2026 (Terengganu โ Naib Johan).
Cemerlang Akademik. Cemerlang Hafazan. Cemerlang Hoki.