30/07/2026
SELAMAT DATANG KE TERENGGANU, WARGA RXZ MEMBERS 8.0!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
ARCC (Alternative Riding Club Cukai) mengucapkan Selamat Datang kepada seluruh peserta dan ahli RXZ Members 8.0 yang hadir ke bumi Terengganu.
Semoga perjalanan anda sentiasa dipermudahkan dan dipelihara Allah SWT. Kami juga ingin mengingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang program berlangsung.
✅ Pakai topi keledar yang sempurna.
✅ Patuhi had laju dan undang-undang jalan raya.
✅ Tunggang secara berhemah dan berdisiplin.
✅ Jangan berlumba di jalan raya.
✅ Pastikan motosikal berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Ingatlah... keluarga menanti kepulangan anda.
Biar lambat asalkan selamat. Keseronokan konvoi akan lebih bermakna apabila semua peserta dapat pulang ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Selamat datang ke Terengganu, selamat berkonvoi dan semoga perjalanan anda sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Ikhlas daripada:
ARCC – Alternative Riding Club Cukai
05/07/2026
JELAJAH ARCC BERSAMA DATO' YB HAJI HANAFIAH MAT Ride Ke Melaka 3 Hari 2 Malam.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Syukur kerana kami semua selamat tiba kembali di bumi Kemaman setelah selesai menjayakan Program Jelajah ARCC Ride Ke Melaka selama 3 hari 2 malam di Villa Bonda, Masjid Tanah, Melaka.
Jelajah ARCC bukan sekadar sebuah perjalanan bermotosikal, tetapi menjadi medan mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama sahabat. Sepanjang program, kami diisi dengan kuliah, bacaan Surah Yasin, solat berjemaah serta aktiviti yang menyuburkan rohani. Di samping itu, kami turut berpeluang mengenali keindahan negeri Melaka dan menimba pengalaman yang sangat bermakna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato' YB Haji Hanafiah Mat atas tajaan dan sokongan dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua urus setia serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.
Semoga ukhuwah yang terbina terus berkekalan, segala amal diterima Allah SWT, dan setiap langkah perjalanan kita sentiasa dipermudahkan serta diberkati.
"Bukan sekadar ride, tetapi membina ukhuwah, menambah ilmu dan mencari keberkatan."
02/07/2026
Alhamdulillah... 🤲🏻
Jelajah ARCC bersama Dato' YB Haji Hanafiah ke Melaka bukan sekadar sebuah ride, bahkan turut diisi dengan pelbagai pengisian rohani. Antara pengisian sepanjang perjalanan ialah majlis ilmu (kuliah), bacaan Yasin serta solat berjemaah pada setiap waktu.
Inilah keindahan bermusafir apabila perjalanan bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama sahabat-sahabat ride, malah menjadi medan untuk menambah ilmu, memperkukuhkan iman dan meraih keberkatan daripada Allah SWT.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan perjalanan kami, mengurniakan keselamatan buat semua peserta, serta menerima setiap amal kebaikan yang dilakukan.
"Ride Berukhuwah, Musafir Beribadah."
31/05/2026
🇲🇾 Tahniah Hakim Danish!
Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia apabila berjaya menamatkan perlumbaan hari ini dengan penuh cemerlang dan menaiki podium!
Usaha, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan menjadi bukti bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kemenangan pada masa hadapan.
Teruskan berjuang dan mengharumkan nama negara di pentas dunia. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda!
💪🔥🏁🇲🇾
21/12/2025
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Takziah diucapkan atas pemergian salah seorang rider ARC DUN Cukai,
Allahyarham Ustaz Dr. Megat Suhaimi bin Megat Idrus.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ya Allah Ya Tuhan kami,
ampunilah dosa-dosanya, rahmatilah beliau, maafkan kesalahannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya, dan kurniakan kesabaran serta ketabahan kepada seluruh ahli keluarganya.
Semoga Allah SWT menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah 🤲
Salam takziah daripada kami
ARC DUN Cukai