Akademi Santan Kids

Akademi Santan Kids

Share

Akademi Santan Kids ini ditubuhkan untuk mendidik kanak- kanak 12 tahun ke bawah mempelajari asas bolasepak.

Juara Raptors Cup U11 2025 ๐Ÿ†
N.Juara Arau Cup U11 2025 ๐Ÿฅˆ
N.Juara Karnival Hari-Hari Gopeng U12 ๐Ÿฅˆ
Johan U12 Liga Santan Kids 2026 ๐Ÿฅ‡

Photos from Akademi Santan Kids's post 04/08/2026

๐Ÿ’ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan antara Akademi Santan Kids menentang SK Beseri yang berlangsung di Padang SK Santan.

Perlawanan yang menarik telah disajikan oleh kedua-dua pasukan dengan aksi yang kompetitif serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan.

Syabas diucapkan kepada semua pemain Santan Kids yang telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan di atas padang. Banyak peningkatan positif dapat dilihat daripada segi teknik, kerjasama berpasukan, komunikasi serta keyakinan ketika menguasai permainan. Semoga prestasi ini terus dipertingkatkan dalam setiap sesi latihan dan perlawanan akan datang.

Terima kasih kepada pihak SK Beseri atas kesudian mengadakan perlawanan persahabatan ini. Semoga hubungan baik antara kedua-dua pasukan terus berkekalan demi pembangunan bola sepak akar umbi.

๐€๐ฌ๐š๐ก ๐๐š๐ค๐š๐ญ, ๐๐ข๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ง๐š๐ง, ๐‚๐š๐ฉ๐š๐ข ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐ข๐š๐ง โšฝ
๐Ÿ’š





30/07/2026

โšฝ๏ธ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ โšฝ๏ธ

๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’ ๐•๐’ ๐€๐„ ๐…๐‚

๐Ÿ“… ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ : ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ•” ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ“.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐ŸŸ๏ธ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐’๐Š ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง

Perlawanan persahabatan bakal berlangsung bagi memberi pendedahan, menambah minit permainan dan menguji perkembangan pemain dalam suasana perlawanan yang kompetitif.

Ayuh hadir memeriahkan suasana dan berikan sokongan padu kepada pemain-pemain muda yang akan beraksi. Semoga perlawanan ini menjadi platform terbaik untuk menimba pengalaman, membina keyakinan dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pasukan.

๐€๐’๐€๐‡ ๐๐€๐Š๐€๐“, ๐๐ˆ๐๐€ ๐Š๐„๐˜๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐, ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ’šโšฝ





Photos from Akademi Santan Kids's post 23/07/2026

๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ | ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’ ๐•๐’ ๐’๐“๐Ž๐‘๐Œ๐™ ๐…๐‚

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan antara Santan Kids dan Stormz FC yang berlangsung di Padang SK Santan sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang berkualiti dengan corak permainan yang menarik serta saling berbalas serangan sepanjang perlawanan. Semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap pemain menjadi pengalaman yang sangat berharga dalam proses pembangunan mereka.

Terima kasih diucapkan kepada pihak ๐’๐“๐Ž๐‘๐Œ๐™ ๐…๐‚ atas kesudian hadir mengadakan perlawanan persahabatan ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan dan kedua-dua pasukan terus maju serta cemerlang pada masa hadapan.

๐€๐’๐€๐‡ ๐๐€๐Š๐€๐“, ๐๐ˆ๐๐€ ๐Š๐„๐˜๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐, ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ’™โšฝ





Photos from Akademi Santan Kids's post 18/07/2026

๐‹๐ˆ๐†๐€ ๐…๐‘๐ˆ๐„๐๐ƒ๐‹๐˜ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’ ๐”๐Ÿ๐ŸŽ

Alhamdulillah, selesai sudah Liga Friendly Akademi Santan Kids U10 yang berlangsung hari ini di Padang SK Santan.

Kejohanan ini berjaya menghimpunkan enam pasukan yang terdiri daripada:
โ€ข SK Beseri
โ€ข SK Oran
โ€ข SK Behor Empiang
โ€ข SK Jejawi
โ€ข Santan Kids A
โ€ข Santan Kids B

Kedudukan akhir kejohanan:
๐Ÿฅ‡ 1. SK Behor Empiang
๐Ÿฅˆ 2. SK Jejawi
๐Ÿฅ‰ 3. SK Oran
4๏ธโƒฃ SK Beseri
5๏ธโƒฃ Santan Kids A
6๏ธโƒฃ Santan Kids B

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada SK Behor Empiang atas kejayaan muncul sebagai Johan Liga Friendly Akademi Santan Kids U10.

Bagi Santan Kids, kejohanan ini memberikan banyak pengajaran dan pengalaman yang amat berharga. Masih banyak aspek yang perlu diperbaiki, diperkemaskan dan dipertingkatkan agar para pemain terus berkembang menjadi pemain yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

Ini merupakan langkah pertama buat Santan Kids dalam mengharungi saingan bola sepak akar umbi. Setiap kejayaan bermula dengan satu langkah, dan kami percaya proses pembelajaran ini akan membentuk pasukan yang lebih kuat pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, para jurulatih, ibu bapa, penyokong serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran liga ini.

๐€๐’๐€๐‡ ๐๐€๐Š๐€๐“, ๐๐ˆ๐๐€ ๐Š๐„๐˜๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐, ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐Œ๐€๐“๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Ÿ’šโšฝ





17/07/2026

๐‹๐ˆ๐†๐€ ๐…๐‘๐ˆ๐„๐๐ƒ๐‹๐˜ ๐”๐Ÿ๐ŸŽ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’

Esok bakal berlangsungnya Liga Friendly U10 Akademi Santan Kids yang melibatkan 6 pasukan bagi memeriahkan saingan peringkat akar umbi.

Akademi Santan Kids akan menurunkan dua pasukan untuk beraksi dalam liga ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang.

Penganjuran liga ini bertujuan memberikan pendedahan awal, meningkatkan minit permainan, serta membina keyakinan para pemain dalam suasana pertandingan sebenar. Melalui pengalaman ini, para pelatih dapat mengasah kemahiran, meningkatkan kefahaman taktikal dan membiasakan diri dengan tekanan perlawanan.

Semoga semua pemain mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, bermain dengan penuh disiplin dan menikmati setiap minit di atas padang.

๐€๐ฌ๐š๐ก ๐๐š๐ค๐š๐ญ, ๐๐ข๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ง๐š๐ง, ๐‚๐š๐ฉ๐š๐ข ๐Œ๐š๐ญ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ





15/07/2026

๐“๐ˆ๐๐’ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š๐ˆ ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐‡๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐€๐Š๐€๐‘ ๐”๐Œ๐๐ˆ.

Hantaran merupakan asas yang sangat penting dalam permainan bola sepak. Penguasaan teknik hantaran yang betul membantu pasukan mengawal permainan, membina serangan yang lebih tersusun, dan mencipta peluang menjaringkan gol.

Pemain hebat bermula dengan asas yang kukuh. Dalam pembangunan akar umbi, setiap sesi latihan perlu memberi penekanan terhadap teknik hantaran kerana hantaran yang berkualiti adalah kunci kepada penguasaan permainan, komunikasi berpasukan dan kejayaan di masa hadapan.





09/07/2026

๐“๐ˆ๐๐’ ๐Œ๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐€๐Š๐€๐‘ ๐”๐Œ๐๐ˆ.




02/07/2026

๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ | ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐”๐Ÿ๐ŸŽ

Hari ini sesi latihan bersama pelatih U10 memberi penekanan kepada aspek coordination dan agility sebagai asas penting dalam pembangunan pemain muda.

Pelbagai latihan telah dijalankan bagi meningkatkan koordinasi pergerakan, keseimbangan badan, kelincahan serta kepantasan tindak balas pemain.

Kemahiran ini amat penting untuk membantu mereka bergerak dengan lebih cekap, membuat perubahan arah dengan pantas serta meningkatkan keyakinan ketika menguasai bola di dalam permainan.

Teruskan berusaha, berdisiplin dan nikmati setiap proses pembelajaran. Sedikit demi sedikit, pasti akan membuahkan hasil.




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kangar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Kangar
01000