02/08/2026
Kelab Karom Perdana Bakti
kelab Karom Perdana Bakti (Bloodbrother CC)
02/08/2026
02/08/2026
Bandar Penawar, 2 Ogos 2026 – Kejohanan DESARU CARROM CHALLENGE 2026 (Beregu Tertutup Johor) telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad, 2 Ogos 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga selesai di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Kejohanan ini menghimpunkan beregu-beregu terbaik dari seluruh Johor yang mempamerkan aksi penuh semangat, disiplin dan semangat kesukanan sepanjang pertandingan berlangsung.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Karom Perdana Bakti (Bloodbrother) atas pencapaian yang membanggakan apabila berjaya meletakkan wakil kelab dalam kelompok Top 9–16 serta Top 5–8 kejohanan. Pencapaian ini membuktikan komitmen, latihan berterusan dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain kelab.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua pemain untuk terus meningkatkan prestasi dan mengharumkan nama Kelab Karom Perdana Bakti (Bloodbrother) dalam kejohanan-kejohanan akan datang.
Sekalung tahniah juga kepada pihak penganjur, pertandingan, peserta dan semua yang telah menjayakan DESARU CARROM CHALLENGE 2026. Semoga sukan karom terus berkembang dan mendapat sambutan yang lebih meriah pada masa hadapan.
29/04/2026
Pontian, 12 April 2026 – Kelab Karom Perdana Bakti sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Karom Tertutup Pontian (Perseorangan) Piala Ketua Pemuda Pontian yang berlangsung minggu lepas.
Penyertaan kelab dalam kejohanan berprestij ini membuktikan komitmen berterusan Kelab Karom Perdana Bakti dalam melahirkan pemain karom yang berdaya saing dan berprestasi tinggi. Walaupun persaingan sengit daripada peserta-peserta hebat dari seluruh kawasan Pontian Dan johor, wakil kelab berjaya mempamerkan aksi cemerlang sehingga membawa pulang kedudukan ketiga.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh ahli kelab dan menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan dalam kejohanan-kejohanan akan datang.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk Kelab Karom Perdana Bakti terus maju dan mengharumkan nama kelab dalam arena sukan karom di masa hadapan.
28/04/2026
Kelab Karom Perdana Bakti Juara Kejohanan Karom Liga Lanun Siri 2
Pasir Gudang, 26 April 2026 – Kelab Karom Perdana Bakti sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya muncul sebagai juara dalam Kejohanan Karom Liga Lanun Siri 2 yang berlangsung di Pasir Gudang pada 26 April 2026.
Pasukan Kelab Karom Perdana Bakti mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan dengan semangat berpasukan yang tinggi serta strategi permainan yang mantap. Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain serta sokongan padu daripada semua ahli kelab.
Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Kelab Karom Perdana Bakti, malah menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan dalam kejohanan-kejohanan akan datang,tahniah kepada semua permain.
28/04/2026
25 April 2026 – Tahniah diucapkan kepada Kelab Karom Perdana Bakti atas kejayaan cemerlang muncul sebagai juara Kejohanan Karom Tertutup Johor MCC yang telah berlangsung di Larkin Junction City.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan hasil daripada semangat berpasukan, latihan berterusan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan berlangsung.
Kelab Karom Perdana Bakti berjaya menampilkan aksi yang mantap dan konsisten, sekali gus menewaskan para pesaing lain untuk merangkul gelaran juara dalam kejohanan berprestij tersebut.
Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh ahli kelab untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang serta mengharumkan nama kelab di peringkat yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kelab Karom Perdana Bakti!
18/02/2026
Seluruh warga Kelab Karom Perdana Bakti mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H, Semoga Ramadan kali ini membawa sinar keimanan, mempererat ukhuwah dan dilimpahi keberkatan buat kita semua.
17/02/2026
15 Februari 2026 | Kelab Karom BloodBrother telah menyertai Kejohanan Karom Terbuka Johor yang telah berlangsung bertempat di TMYC, Nusajaya.
Penyertaan kelab dalam kejohanan ini membuahkan hasil yang membanggakan apabila wakil daripada Kelab Karom BloodBrother( PBCC) berjaya meraih Tempat Ke-2 dan Tempat Ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada latihan berterusan, semangat berpasukan serta komitmen tinggi para pemain dalam mengharungi setiap perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.
Pihak kelab mengucapkan tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta mengharumkan nama kelab di pentas kejohanan.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
17/02/2026
11 Februari 2026 | Kejohanan Game Suka² telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah dan semangat kesukanan.
Program ini diadakan sebagai aktiviti santai bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Pelbagai perlawanan telah berlangsung dalam suasana santai namun tetap kompetitif.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan menjayakan kejohanan ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
08/11/2025
Pulai perdana 2 ,7 Nov 2025 | telah berlangsung Kejohanan Suka-Suka Karom 2025 yang diadakan di pusat aktiviti karom, Kejohanan ini dianjurkan bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta dan komuniti setempat.
Sebanyak 11 beregu telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan santai. Walaupun bersifat suka-suka, semangat bersaing tetap tinggi dengan setiap pasukan menampilkan aksi terbaik mereka di atas papan karom.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, serta kepada pemenang yang berjaya menjuarai kejohanan kali ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi hubungan antara peminat sukan karom.
19/10/2025
Pasir gudang - 19 Oktober 2025 - Kelab Karom perdana bakti ( BloodBrother ) telah menyertai Kejohanan Karom Tertutup Johor 2025 yang berlangsung di GHCC Pasir Gudang. Penyertaan ini menjadi satu lagi langkah dalam usaha memperkukuh prestasi dan pengalaman pemain kelab di peringkat seterusnya.
Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Johor ini menjadi medan persaingan sihat serta platform mengeratkan hubungan antara komuniti karom.
Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi juga untuk menimba pengalaman dan memperkukuh semangat berpasukan.
Semoga Kelab Karom perdana bakti (BloodBrother) terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama kelab dalam arena karom Johor.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Johor Bahru