31/05/2026
Plse like n share new page...
Following
PKBM Negeri Kedah PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA (KEDAH)
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM Kedah)
31/05/2026
Plse like n share new page...
Following
PKBM Negeri Kedah PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA (KEDAH)
24/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan sepanjang menerajui perkhidmatan awam serta memacu kecemerlangan Jabatan Kerja Raya.
Dedikasi, komitmen dan pengalaman yang dicurahkan menjadi inspirasi serta teladan buat seluruh warga kerja. Segala bakti yang ditinggalkan akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta rahmat berpanjangan bersama keluarga tercinta.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti.
22/04/2026
31/03/2026
SALAM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA
YDP MAJLIS DAERAH KUBANG PASU
30/03/2026
Lebih 100 projek pembinaan terhenti akibat kenaikan harga bahan api | Berita Harian KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) mendedahkan lebih 100 projek infrastruktur dan pembangunan tidak dapat berjalan, ekoran kontraktor sudah ‘mengangkat bendera putih’ susulan kenaikan mendadak harga bahan api ekoran konflik di Asia Barat.
30/03/2026
Kerajaan mengambil maklum secara serius terhadap implikasi kenaikan kos pembinaan susulan perkembangan geopolitik di Timur Tengah, termasuk penutupan Selat Hormuz yang memberi kesan langsung kepada kestabilan rantaian bekalan tenaga global.
Kenaikan kos ini perlu ditangani dalam kerangka yang menyeluruh memandangkan sektor pembinaan mempunyai kebergantungan yang signifikan terhadap harga bahan api seperti petrol dan diesel, di samping kos logistik dan bahan binaan yang berkait rapat dengan pasaran antarabangsa.
Memandangkan punca utama adalah faktor geopolitik global di luar kawalan domestik, kesan tekanan kos ini turut dialami oleh kebanyakan negara. Sehubungan itu, pendekatan yang diambil perlu bersifat strategik, bersasar dan berasaskan data.
Dalam hal ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan penilaian menyeluruh bersama agensi berkaitan serta pihak industri bagi mengenal pasti mekanisme mitigasi yang bersesuaian, termasuk dari aspek pelaksanaan projek, struktur kos dan daya tahan rantaian bekalan sektor pembinaan.
Pada masa yang sama, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan memperkukuh peranan sebagai penyelaras industri dengan menggerakkan kerjasama strategik bersama agensi berkaitan dan pemain industri bagi merangka cadangan dasar serta langkah intervensi yang pragmatik dan berimpak tinggi.
Kerajaan komited untuk memastikan kesinambungan pelaksanaan projek pembangunan negara serta mengekalkan kestabilan sektor pembinaan melalui pendekatan dasar yang responsif, adaptif dan berorientasikan kelestarian jangka panjang.
20/03/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
22 Mac 2026 | 1 Syawal 1447 H
Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan mengeratkan silaturahim.
Selamat menyambut hari kemenangan dengan penuh kesyukuran bersama keluarga tercinta.
AZRUL ABDUL AZID
Pengerusi Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Negeri Kedah
Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia - Official HQ
17/02/2026