10/06/2026
⚡
Football Community of Jerantut
Home of Future Talent
Juara EBL & FA Cup 2023
Juara SFL 2021
10/06/2026
⚡
10/06/2026
Hebat GFC Jr.
07/06/2026
Tahniah GFC Jr. Memang talented ubi-ubi Jerantut ni.
JUARA LIGA SUPARIMAU SEASON A 2026: Gelanggi FC Jr.
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus mengharungi 5 perlawanan selama 4 minggu, GFC Jr sah dinobatkan sebagai Juara Liga Suparimau Season A 2026.
Pada perlawanan terakhir liga pagi tadi, GFC Jr berjaya menundukkan pasukan AAC dengan keputusan 4-1.
GFC Jr menamatkan saingan Liga Suparimau dengan 15 mata apabila memenangi kesemua 5 perlawanan tanpa keciciran mata.
Tahniah buat semua pemain GFC Jr, kepada jurulatih dan pengurusan GFC Jr, para penaja, serta ibu bapa yang sentiasa menyokong dan percaya pada pasukan GFC Jr.
Kemenangan ini untuk kita semua raikan.
05/06/2026
Sekitar aksi perlawanan persahabatan petang tadi.
FC Jerantut (FCJ u15) menentang pasukan Gelanggi FC (GFC Jr.) yang bertempat di Kompleks Sukan Jerantut.
Perlawanan berkesudahan FCJ u-15 1 vs GFC Jr. 3
Terima kasih semua pemain, barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan FCJ dan GFC atas kerjasama ini. Bersama-sama kita bangun dan ketengahkan bakat-bakat anak Jerantut.
Gambar banyak so kita up slow-slow ye seminggu n 😂
04/06/2026
11/05/2026
GFC🙏🤘
Saingan Liga Suparimau Pahang B-16 berlangsung dengan penuh aksi baru-baru ini, paling menarik perhatian adalah pertembungan Gelanggi FC B-16 menentang ABYSS B-16.
Kedua-dua pasukan yg berjiran ini saling berbalas serangan dalam perlawanan yg sengit & seimbang.
Keputusan perlawanan berpihak kepada Gelanggi FC dengan kemenangan 2-1.
TAHNIAH GELANGGI FC, CUBA LAGI ABYSS!
DARI RODONG UNTUK RODONG.
24/04/2026
Moh belake warga Jerantut dan penyokong FCJ kita berlari 30/08 ni.
Buat julung kalinya Voltra anjurkan acara larian yang dinamakan
Bertempat di Cyberjaya, ada acara 21km, 10km dan juga 5km.
Pendaftaran mula dibuka Isnin ni. Kena battle la sebab ade 5000 je slot.
Psssst: Finisher 21km dapat slide weh. Boleh la flex kat orang kampung nanti. Hahahahaha.
20/03/2026
Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua penyokong FCJ yang beragama Islam terutama warga Jerantut.
Jadikan hari raya ini untuk kita kunjung mengunjung mengeratkan hubungan dan saling maaf memaafi sesama kita.
Semoga kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu bulan Ramadan tahun depan.
Sambut raya dengan FC Jerantut.
06/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran buat semua penyokong FCJ yang beragama Islam.
18/02/2026
Selamat berpuasa FCJ ucapkan untuk semua penyokong dan umat Islam di Malaysia.
Semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan Ramadan kali ini dengan amal ibadat dan meninggalkan segala laranganNya.
Marhaban Ya Ramadan.