27/03/2026
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan Pulau Pinang
๐
Tarikh: 29 Mac 2026 (Ahad)
๐ Masa: 8:00 malam
๐ Tempat: Dewan Orang Ramai, Permatang Pasir
(https://share.google/yi1aP7JL3osFswnFf)
Mari kita jumpa di sana!
Angkatan Muda Harapan Pulau Pinang
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada
Chong Wei Hoong
Ketua DAPSY Pulau Pinang
Ketua AMH Pulau Pinang
18/03/2026
Sejak tahun lalu, ramai penduduk di Rumah Pangsa Taman Mesra telah membuat aduan kepada pihak Dewan Bandaraya berkenaan pihak pengurusan JMB yang selama 11 tahun (2014โ2025) tidak pernah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), dan oleh itu dianggap sebagai JMB yang โtidak aktifโ.
Sepanjang tempoh ini, yuran penyelenggaraan serta penyata akaun juga tidak pernah diaudit. Disebabkan pelbagai persoalan dan ketidakpercayaan terhadap JMB, rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk semakin memuncak sehingga ramai enggan membayar yuran penyelenggaraan. Tahun lalu, penduduk telah membuat aduan kepada pihak Dewan Bandaraya, malah ada juga yang membuat laporan polis selepas menerima surat daripada JMB yang menuntut bayaran tunggakan yuran penyelenggaraan mencecah ribuan ringgit.
Kini, pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk melantik sebuah syarikat likuidator, iaitu Pembangunan Mesra Sdn Bhd, bagi menguruskan hak milik strata, serta mengambil alih sementara tugas pengurusan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan untuk memilih jawatankuasa pengurusan baharu.
Baru-baru ini, saya sekali lagi menerima banyak aduan daripada penduduk bahawa pada bulan Januari, mereka tiba-tiba menerima surat daripada pihak pengurusan yang menuntut bayaran yuran penyelenggaraan sebanyak RM2,000. Beberapa hari kemudian, mereka p**a menerima bil yuran penyelenggaraan daripada pihak likuidator. Setelah saya membuat pengesahan dengan pihak COB Dewan Bandaraya, buat masa ini penduduk hanya perlu mengikut bil yang dikeluarkan oleh likuidator, manakala yang lain boleh diabaikan.
Saya juga telah meminta pihak COB untuk mengatur satu pertemuan dengan pihak likuidator bagi mendapatkan penjelasan tentang perkembangan semasa dan keadaan sebenar. Penjelasan yang jelas juga perlu diberikan kepada lebih 800 isi rumah yang terlibat.
14/03/2026
Program Iftar Ukhuwah Madani SK Sungai Puyu
Sempena bulan Ramadan, saya bersama lebih kurang 800 warga Muslim yang terdiri daripada guru, murid serta ibu bapa di SK Sungai Puyu telah menghadiri majlis berbuka puasa serta jamuan makan bersama. Ini juga merupakan kali pertama pihak sekolah menganjurkan program berbuka puasa berskala besar yang berkonsepkan piknik.
Malaysia adalah sebuah negara yang amat unik. Selepas masyarakat Cina yang baru sahaja menyambut Tahun Baru Cina, dalam bulan yang sama kita turut menyambut ketibaan musim Ramadan. Ini jelas memperlihatkan keindahan kehidupan masyarakat berbilang budaya di negara kita.
Kepelbagaian tidak pernah menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaum. Sebaliknya, ia merupakan tunjang kekuatan yang menjadikan negara kita lebih kukuh dan maju ke hadapan. Budaya, bahasa dan kepercayaan yang berbeza memupuk semangat saling hormat menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk ini.
Kerana kepelbagaian, kita belajar untuk bertoleransi. Kerana perbezaan, kita menjadi lebih lengkap dan sempurna. Marilah kita terus menghargai keharmonian yang amat berharga ini dan bersama-sama memelihara keunikan Malaysia.
Terima kasih kepada Guru Besar Pn Aini Najwa atas jemputan beliau.
Turut hadir: Wakil ADUN Sungai Puyu YB Phe Syn Tze, Pengerusi MPKK Kampung Benggali Yeow Chee Sing , Pengerusi MPKK Taman Lucky Ong Leay How, dan Pengerusi JBPP Sungai Puyu Lin Jin Wei.
13/03/2026
Pasar Percuma Butterworth 5.0
Bermula hari esok dan lusa, dari pukul 9:30pagi hingga 3petang.
Datang beramai-ramai. Semua barang percuma!
๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ญ๐ญ๐๐ซ๐ฐ๐จ๐ซ๐ญ๐ก 5.0
ๅๆตทๅ
่ดนๅธ้5.0ใๆๅคฉๆญฃๅผๅฏๅจใ
ๅๆฅๅฐไบๅ
จๅๆตทๆๅฅฝๅบท็ๅธ้๏ผๅ
จๅบๅ
่ดน่ฎฉไฝ ๆฟใ
ๅๅผๅๆ ทไบๆ็ฉๅๆญฃ็ญๅพ
ๆฐไธปไบบๅธฆๅๅฎถ๏ผๆฌข่ฟๆ้่ฆ็ๆฐไผๅๆฅๆ้ๆ้็ฉๅใ
่ฟไธไป
่ฎฉ็ฉๅ้่ทๆฐ็ๅฝไนไฝ๏ผไน่ฝๅคๅธฎๅฉๆ้่ฆ็ๆฐไผใ
Tarikh/ๆฅๆ๏ผ14-15 Mar 2026 (ๆๆๅ
ญ/ๆฅ๏ผ
Masa/ๆถ้ด๏ผๆฉไธ 9.30am - ไธๅ 3pm
Lokasi/ๅฐ็น๏ผDewan Taman Pandan, Butterworth.
( https://g.co/kgs/o7VvczU )
ไธ่งไธๆฃ๏ผ
ไธพๅๅไฝ๏ผ
MPKK Taman Lucky
Komuniti Madani Inovasi
13/03/2026
Flat Pantai Bersih seringkali berlaku kemalangan jalan raya. Baru-baru ini, satu lagi kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal melanggar seorang kanak-kanak perempuan. Kejadian itu berlaku di simpang keluar kawasan flat tersebut dan kejadian uni telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.
Selepas kejadian itu, pihak JMB segera menghubungi saya untuk turun ke lokasi bagi membincangkan langkah penyelesaian dengan harapan isu keselamatan di jalan tersebut dapat diperbaiki secepat mungkin.
Selain itu, pengerusi JMB En Osman bin Yusoff telah menyerahkan satu surat rasmi kepada saya yang mencadangkan supaya bonggol jalan dapat dibina di kawasan tersebut bagi mengingatkan kenderaan supaya memperlahankan kenderaan, sekali gus melindungi keselamatan penduduk, khususnya kanak-kanak dan warga emas.
Memandangkan jalan tersebut berada di bawah seliaan JKR (Jabatan Kerja Raya), saya telah membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat MBSP serta mengadakan perbincangan dengan pihak JKR dan ADUN kawasan YB Phee Syn Tze. Diharapkan langkah-langkah keselamatan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan secepat mungkin, termasuk mengkaji binaan bonggol jalan dan kemudahan keselamatan lalu lintas yang lain dapat dilaksanakan.
26/02/2026
๐๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐จ๐ง๐ ๐๐ข๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฒ๐ฎ
Baru-baru ini, SK Sungai Puyu telah menerima Anugerah Perak Sekolah Hijau daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Selaras dengan usaha pihak sekolah untuk memperkukuhkan pendidikan alam sekitar serta menyokong inisiatif hijau MBSP, saya telah memenuhi permohonan pihak sekolah dengan menyumbangkan satu set Tong Kitar Semula (Kertas/Plastik/Tin/e-Waste) untuk kegunaan kutipan barangan kitar semula daripada murid-murid.
Saya amat teruja melihat pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah di bawah inisiatif โGo Greenโ. Pada hari Rabu yang lalu, pihak sekolah turut mengadakan sesi demonstrasi bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara mengasingkan bahan kitar semula mengikut kategori dan memasukkannya ke dalam tong yang berbeza warna.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Guru Besar, pihak PIBG, guru-guru serta semua murid SK Sungai Puyu yang komited dalam menjayakan usaha kehijauan ini.
19/02/2026
Salam Ramadan Al-Mubarak & Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam.
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah, mempererat silaturahim, serta membantu mereka yang memerlukan.
17/02/2026
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga tahun kuda ini membawakan tuah, keharmonian dan kesejahteraan kepada negara kita.
ๆญ็ฅๅ็ๅๅๆฐๅนดๅฟซไน๏ผๆฟ่ฟไธช๐ๅนดๅธฆ็ปๅคงๅฎถๅฅฝ่ฟๆฐ๏ผๅนณๅฎๅๅ็ฅฅ็ป้ฉฌๆฅ่ฅฟไบใ