Coach Mus

Coach Mus

Share

Sebuah laman media yang berkisarkan dunia kejurulatihan dan analisis perlawanan bola sepak.

20/07/2026

Ditengah-tengah kekecohan selepas tiupan wisel penamat tadi ada satu imej yang memberikan impak yang besar kepada dunia.

Ya! Lamine Yamal menadahkan tangan tanda syukur di atas kejayaan dia menjuarai Piala Dunia.

Sebelum itu juga di peringkat separuh akhir pengadil Amerika Ismail Elfath melakukan sujud selepas selesai mengendalikan perlawanan juga mendapat perhatian ramai.

Termasuk juga aksi dari Morocco dan Mesir yang melakukan sujud bahkan lantang dalam mengangkat suara menyokong Palestin dalam sidang media rasmi.

Lagi yang menjadi viral ketika Cristiano Ronaldo dirakamkan seolah menyebut kalimah Bismillah sebelum mengambil tendangan penalti.

Walaupun bola sepak hanyalah s**an tetapi ‘hal kecil’ ini sebenarnya memberi impak besar dan berbeza kepada masyarakat dunia.

Secara fitrahnya, manusia menyukai perkara yang baik, semangat kes**anan, sikap menghormati dan ianya selari dengan nilai dan akhlak yang ditunjukkan dalam Islam.

Kita memang tak s**a melihat berlakunya pergaduhan, penipuan dan ketidakadilan dalam dan luar padang.

Itu mungkin sebab utama kenapa ramai yang tidak menyukai pas**an naib juara kali ini. Terlalu banyak negativiti yang tidak sepatutnya.

Itu belum kita bandingkan antara tuan rumah utama USA dengan Qatar sebelum ini. Jauh langit dan bumi. Bayangkan apa yang jadi kepada pas**an Iran, pengadil muslim Somalia, penyokong2 yang disekat masuk.

Tekanan ekonomi melampau dengan menaikkan harga tiket berganda-ganda. Hampir semua kemudahan juga perlu dibayar dengan nilai yang tinggi. Bagi mereka itulah cara mereka menguasai dunia.

Jika anda jurulatih dan ibu bapa, teruskan melatih pemain-pemain muda dengan baik. Didik mereka dengan sikap yang betul dan akhlak yang baik.

Jika anda pemain muslim, kebanggaan bukanlah kepada skill anda bermain semata-mara tetapi pada attitude ketika anda menang dan kalah.

Sebab bila dapat pergi jauh satu hari nanti, ada nilai yang dibawa dan boleh menjadi aset dakwah yang akan memberikan contoh dan idola kepada anak muda lain.

19/07/2026

Luis De La Fuente selayaknya menjadi idola dan contoh terbaik kepada jurulatih peringkat akar umbi.

Dia percaya dengan sistem dan bakat pemain muda beliau.

Dia bangunkan ‘pool’ pemain yang hampir sama bermula sebagaj jurulatih U17 Sepanyol. Kemudian berkembang menjadi ketua jurulatih U21 sehingga membawa skuad Sepanyol menjadi naib juara Olimpik.

Masih dengan acuan yang sama kemudian memegang skuad utama Sepanyol. Bermula dengan kejuaraan Nations League. Sambung menjulang kejuaraan Euro 2024 dan istiqamah tidak pernah tewas sehingga menjuarai Piala Dunia 2026.

Asas yang sama sahaja. Fokus bermain secara ‘possesion based’ iaitu lebih kerap mengawal permainan dari satu zon ke satu zon. Sabar mencipta peluang sehingga ada ruang yang tepat. Konsisten bertahan secara kolektif apabila out possesion.

Kelihatan mudah dan kadangkala nampak sedikit boring kerana tiada terlalu banyak permainan ‘fancy’ tetapi itulah senjata utama Sepanyol sehingga menyukarkan lawan menumbangkan mereka.

Perancis pun mati akal untuk mencipta jaringan apatah lagi Argentina yang diayamkan sehingga mencipta sejarah baru sebagai pas**an pertama yang tiada sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang 120 minit di final.

Proses yang betul tidak akan mengkhianati hasil. 🏆

Tahniah 🇪🇸🤝🇵🇸

GamePlan Mastery : Team Training Edition 08/06/2026

STRUKTUR LATIHAN LENGKAP DARI WARM UP HINGGA GAME TRAINING DALAM SATU MODUL

Sebagai jurulatih, antara cabaran terbesar bukan sekadar mengendalikan latihan... tetapi memastikan setiap sesi latihan mempunyai objektif yang jelas dan saling berkait untuk meningkatkan prestasi pas**an.

Ramai pas**an berlatih 2-3 kali seminggu, tetapi masih berdepan masalah:

❌ Hantaran tidak konsisten
❌ Sukar mengawal penguasaan bola
❌ Peluang jaringan gagal disempurnakan
❌ Pemain kurang memahami peranan dalam permainan
❌ Prestasi latihan tidak diterjemahkan dalam perlawanan

Sebab itulah saya membangunkan modul GamePlan Mastery : Team Training Edition.

Sebuah modul yang menghimpunkan 8 sesi utama latihan bola sepak moden yang boleh terus digunakan oleh jurulatih sekolah, akademi dan kelab.

✅ Dynamic Warm Up
✅ Passing Practice
✅ Possession Game
✅ Finishing Practice
✅ Game Training
✅ Conditioning Game
✅ Nota Kejurulatihan Moden
✅ Blueprint Struktur Latihan Pas**an

📘 Lebih 40 latihan lengkap berserta ilustrasi.
📘 Membantu coach merancang latihan dengan lebih sistematik.
📘 Menjimatkan masa menyediakan sesi latihan setiap minggu.
📘 Sesuai digunakan dalam fasa persiapan MSSD, MSS Negeri dan kejohanan kompetitif.

"PROMOSI KHAS SEMPENA WORLD CUP 2026"

Nikmati harga promosi sehingga 20 Julai 2026.

Gunakan kod kupon: WC2026

Dapatkan disini -> https://ezy.la/rlc

Jika anda sedang mencari rujukan latihan yang praktikal, tersusun dan terus boleh diaplikasikan di padang, modul ini dibangunkan khas untuk anda.

🔥 Jangan tunggu sehingga kejohanan semakin hampir baru mula menyusun program latihan pas**an.

Dapatkan GamePlan Mastery : Team Training Edition hari ini.

GamePlan Mastery : Team Training Edition Modul ini mengfokuskan kepada latihan khusus untuk perlawanan. Jurulatih akan memahami latihan utama, sktruktur dan prinsip yang diterapkan berdasarkan setiap fasa permainan menggunakan falsafah latihan moden.

Photos from Coach Mus's post 19/05/2026

“Coach… Hari ni nak training apa?”

Kalau soalan ni selalu buat anda blur… mungkin dah sampai masa untuk upgrade sistem latihan pas**an anda.


Ini mungkin sebab anda struggle :

⚠️ Tiada struktur latihan jelas
⚠️ Team tak boleh control possession
⚠️ Kombinasi penyudah yang tak tajam
⚠️ Team tak faham prinsip bermain setiap fasa perlawanan

Kalau sesi latihan tak berkualiti… susah nak expect result berkualiti masa kejohanan.


Modul GAMEPLAN MASTERY : TEAM TRAINING EDITION kali ini dirangka khas untuk persiapan latihan berpas**an menghadapi perlawanan.

Modul lengkap ini untuk bantu jurulatih:

✅Susun latihan lebih jelas
✅Jimat masa planning session plan
✅Bentuk identiti permainan pas**an
✅Tingkatkan intensiti & kualiti latihan

Ada lebih 40+ latihan moden:

⚽ Passing Practice
⚽ Possession Game
⚽ Game Training
⚽ Finishing Practice
⚽ Conditioning Game
⚽ Dynamic Warm Up

Coach yang serius nak mantapkan pas**an dalam latihan pusat macam MSSD & MSS Negeri… ini modul yang anda perlukan.

Dapatkan sekarang -> https://ezy.la/rlc

Khas sempena Hari Guru, nikmati promosi sehingga 31 Mei 2026

Gunakan kod kupon : HARIGURU

16/04/2026

Tahniah untuk skuad harimau muda!

Kemenangan yang sangat penting untuk terus kekal bersaing di sebalik kritikan selepas tewas pada perlawanan pertama..

Teruskan berjuang..

13/04/2026

Secara jujurnya saya tidak terkejut skuad muda kita tak mampu memberi saingan kepada Vietnam.

Belum sempat juga mengkaji bagaimana Vietnam membina sistem pembangunan mereka tetapi jika kita tengok dari tahun ke tahun mereka konsisten dalam melahirkan bakat muda yang mampu bersaing di peringkat Asia.

Tetapi Malaysia semakin lama semakin layu. Bukan sekadar tak layak ke kejohanan Asia tetapi masih tidak mampu bersaing di peringkat asean juga.

Saya masih ingat ketika tahun 2023, saya berpeluang melihat kejohanan Super Mokh di AMD Gambang. Salah satu perlawanan yang menarik perhatian saya adalah pertemuan AMD U13 bertemu dengan pas**an Vietnam U13. Saya lupa dah apa nama team pembangunan mereka.

Sejujurnya saya terkejut kerana ada perbezaan kualiti yang ketara dari sudut teknikal dan fizikal pemain Vietnam. Sangat pantas dan matang dalam membuat keputusan dalam permainan.

Keputusannya kita tewas. Lebih parah kita hampir tidak ada hala tuju bermain.

Saya terdetik dalam hati, kalau team teknikal pembangunan kita tak belajar sesuatu daripada perlawanan tersebut kita akan berdepan masalah menuju ke peringkat senior.

Ya, mungkin tak adil untuk menilai dengan satu perlawanan ini, namun penilaian mana yang kita boleh guna pakai. Ini belum berdepan dengan kelab-kelab besar di Eropah.

Zaman LTK kita berjaya sekurangnya meletakkan nama pemain muda kita dalam kesebelasan terbaik kejohanan dan dijemput bersaing dalam kejohanan prestij bawah umur.

Tetapi sekarang ini kita hampir tak kenal seorang pun pemain bawah umur kita yang menonjol bakat mereka.

Saya tidak bertujuan mencari salah siapa, cuma sekadar membuka ruang perbincangan. Siapa yang sepatut bertanggungjawab dengan keputusan ini?

Kita mungkin tak perlu jauh ke Jepun, cukup rasanya belajar dengan Vietnam juga ada baiknya dari sudut pembangunan pemain muda.

30/01/2026

Pra Tempahan masih dibuka sehingga 31 Januari 2026.

Klik sini untuk tempah sekarang -> https://ezy.la/9kw

29/01/2026

Pra Tempahan Coach Planner 2026

Planner ni bukan planner biasa-biasa, planner ini khas saya sediakan untuk jurulatih bola sepak..

Saya rangkumkan semua catatan yang jurulatih perlukan :

✅List Profil pas**an & Senarai Pemain
✅Kalendar Perancangan 2026
✅Rancangan Latihan Bulanan
✅Match Planner & Match Analysis
✅Diagram Padang untuk Tactical, Full Field & Set Piece

Harga normal: RM45
Early Bird: RM35 sahaja (Bermula 25–31 Jan 2026)

Tempah di sini: https://ezy.la/9kw

Bonus Percuma!

-PDF Assesment Form
-PDF Daily & Monthly Session Plan
-PPT Match Analysis

Penghantaran akan bermula pada awal Februari 2026

Stok terhad untuk tempahan batch awal, siapa cepat dia dapat..

6 Set Lengkap Session Plan Bola Sepak Moden 21/01/2026

Masih pening nak susun latihan setiap minggu?

Saya sudah sediakan manual "session plan" untuk dipilih dan siap guna untuk latihan tahunan bola sepak

Manual ini telah membantu 1000+ jurulatih bina latihan yang lebih tersusun & berimpak sepanjang tahun 2025.

Dapatkan 6 Set Lengkap “Session Plan” Musim 2026 dari taktikal, teknikal, GK, small sided, set piece sehingga fitness..

👉 Klik link & terus turun padang dengan yakin.
https://ezy.la/bxc
https://ezy.la/bxc
https://ezy.la/bxc

6 Set Lengkap Session Plan Bola Sepak Moden Ada 6 session plan yang lengkap untuk membantu jurulatih peringkat pembangunan melaksanakan latihan bola sepak moden merangkumi aspek teknikal, taktikal, kecergasan, set piece dan small sided.

3 Siri Kelas Kejurulatihan Bola Sepak Moden 21/01/2026

“Jurulatih yang faham SISTEM akan lebih YAKIN membina pas**an”

3 Siri Kelas Kejurulatihan Bola Sepak Moden ini adalah perkongsian yang saya gunakan untuk membina pas**an yang berdaya saing dari peringkat sekolah hingga kejohanan kebangsaan.

📘 Blueprint Kejurulatihan Bola Sepak Moden
📕 Seni Analisis Perlawanan Bola Sepak Moden
📗 Kuasai 4 Latihan Taktikal Utama Bola Sepak Moden


Bukan sekadar teori dari buku, ia juga sudah diuji berkesan secara praktikal.

Ini sistem sebenar untuk bantu jurulatih:

✔️ Faham falsafah kejurulatihan bola sepak moden
✔️ “Membaca” perlawanan seperti jurulatih elit
✔️ Bina latihan yang terus beri impak kepada pas**an


Mulakan tahun 2026 ini dengan menambahkan ilmu kejurulatihan anda,

Jujur.. kelas ini tak sampai beratus pun, kalau anda ada cita-cita untuk sambung lesen kejurulatihan atau tiada masa..

Ilmu ini akan memberikan panduan asas dan mudah untuk coach..

Jika coach serius nak naikkan standard kejurulatihan, kelas ini adalah sangat sesuai..

Klik link & mula faham ilmu kejurulatihan moden yang bernilai hari ini -> [https://ezy.la/j71]

3 Siri Kelas Kejurulatihan Bola Sepak Moden Tiga siri kelas kejurulatihan bola sepak moden ini membantu jurulatih untuk memahami secara teori bagaimana blueprint yang digunakan jurulatih 'world class' melaksanakan latihan dan mempersiapkan pas**an menghadapi perlawanan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bentong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Bentong