01/09/2026
๐ LETSFINDGAME MERDEKA CUP 2026
KBJB U14 | NAIB JOHAN FINAL CUP
Alhamdulillah, KBJB U14 telah menyertai LetsFindGame Merdeka Cup 2026 pada 29 Ogos 2026 di Fiezta Arena, Eco Majestic City Park, Semenyih.
Seramai 18 pemain telah dipilih, terdiri daripada pemain Liga Junior FAS & MYL, sebagai persiapan menghadapi Liga Junior FAS Pusingan 32 serta MYL Grand Finale di penghujung tahun.
โฝ PERINGKAT KUMPULAN
KBJB U14 mencatatkan rekod tanpa kalah:
KBJB 0๏ธโฃ - 0๏ธโฃ Feeto FC
KBJB 1๏ธโฃ - 0๏ธโฃ Semekar FC
KBJB 7๏ธโฃ - 0๏ธโฃ Utama FC
KBJB 2๏ธโฃ - 1๏ธโฃ MYFC
๐ 3 Menang | 1 Seri | 0 Kalah
Rekod cemerlang tersebut melayakkan KBJB U14 ke Final Cup, sekali lagi bertemu Feeto FC.
๐ FINAL CUP
KBJB 1๏ธโฃ - 2๏ธโฃ Feeto FC
Perlawanan final berlangsung sengit dan penuh persaingan. Walaupun tewas tipis 2-1, skuad KBJB tetap menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sehingga ke wisel penamat.
๐ฅ NAIB JOHAN FINAL CUP 2026
RUMUSAN
Alhamdulillah, satu lagi pengalaman berharga buat skuad KBJB U14. Walaupun belum berjaya membawa p**ang trofi juara, pencapaian sebagai Naib Johan membuktikan kesungguhan dan perkembangan positif pasukan.
Kejohanan ini bukan sekadar mengejar keputusan, tetapi menjadi medan untuk menguji kekuatan skuad, membina keserasian pemain FAS & MYL serta mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi cabaran yang lebih besar.
Tahniah buat semua pemain, coach, pengurusan dan parents atas usaha serta sokongan yang diberikan.
Teruskan bekerja keras. Kita belum selesai. Perjalanan KBJB U14 diteruskan!
ONE TEAM. ONE FAMILY. ONE DREAM.
31/08/2026
โฝ๏ธ๐ ELBA MERDEKA CUP 2026 | PLATE RUNNER-UP ๐ฒ๐พ๐ฅ
Alhamdulillah, what a tournament! ๐คฒ๐ป
Tahniah buat semua KBJB U12 players atas fighting spirit, commitment dan willingness to compete dari game pertama hingga ke final. ๐ช๐ป๐ฅ
ELBA Merdeka Cup 2026 menjadi platform penting untuk memberikan competitive minutes, player exposure dan tactical assessment kepada pemain-pemain FAS sebagai persediaan menghadapi Liga Jr FAS Round 32.
Alhamdulillah, KBJB U12 berjaya menamatkan kejohanan sebagai Plate Runner-Up ๐ฅ๐ selepas tewas 1โ2 menerusi penalty shootout.
Namun, lebih penting daripada medal ialah peluang untuk mendapatkan minit permainan, menguji taktikal serta mengenal pasti kekuatan dan aspek yang masih perlu diperbaiki.
Walaupun format 7s sedikit berbeza daripada permainan yang biasa kita lalui, KBJB tetap berpegang kepada identiti permainan kita โ building from the back, playing through midfield, utilising the wings and creating opportunities for our strikers. โฝ๏ธ
๐ฏ GOAL SCORERS
โฝ๏ธ Ikhwan โ 5 goals
โฝ๏ธ Qasya โ 2 goals
โฝ๏ธ Afham โ 2 goals
โฝ๏ธ Dazzle โ 2 goals
โฝ๏ธ A***n โ 1 goal
โฝ๏ธ Aqeel โ 1 goal
โฝ๏ธ Fauzan โ 1 goal
A big THANK YOU to all KBJB U12 parents ๐๐ปโค๏ธ atas sokongan yang tidak pernah putus.
Medal is a bonus. The process is the real win. ๐ฏ
Keep working. Keep learning. Keep believing.
๐ฏ Next target: FAS Round 32. ๐ฅ
Insya-Allah, we go again! ๐ช๐ปโฝ๏ธ
Ezcare Warranty
Bubbles O2 HQ
31/08/2026
LAPORAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MERDEKA ๐ฒ๐พ
KBJB U14 vs PANTHERS FC (Kelantan)
Tarikh: Ahad, 30 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi โ 10.00 pagi
Lokasi: HA Megah Sport Arena, UNITEN
Dalam semangat menyambut bulan kemerdekaan, KBJB U14 telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Panther FC dari Kelantan, sebuah kunjungan yang penuh dengan nilai persahabatan dan ukhuwah dalam dunia bola sepak.
Pasukan Panther FC diketuai oleh Coach Azani Husain, (bekas pengadil kebangsaan) yang hadir bersama pengalaman luas dalam arena bola sepak tanah air. Manakala pasukan KBJB U14 p**a dipimpin oleh Coach Man yang terus komited membimbing barisan pemain muda KBJB dengan menekankan disiplin, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah pemain.
Sepanjang perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang kompetitif, penuh disiplin serta menghormati semangat fair play. Setiap pemain memberikan komitmen terbaik, sambil mengambil peluang menimba ilmu dan pengalaman daripada perlawanan persahabatan ini.
Terima kasih kepada Panther FC Kelantan atas kunjungan dan kesudian berkongsi pengalaman bersama KBJB U14. Semoga hubungan baik yang terjalin akan terus berkekalan dan membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.
Selamat Hari Merdeka yg ke-69 Malaysia!!๐ฒ๐พ
Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati
KBJB Huha
Ezcare Warranty
Bubbles O2 HQ
31/08/2026
๐ฒ๐พ GENERASI BERBEZA, SATU NEGARA. SATU SEMANGAT.
Tua atau muda, tanpa mengira bangsa dan agama, kita bersama menyemarakkan semangat cintakan tanah air. โค๏ธ
Bersama kita membina generasi yang bukan sahaja hebat di padang, tetapi juga bangga menjadi anak Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Dirgahayu Negaraku ๐ฒ๐พ
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.
25/08/2026
๐จ ๐๐บ๐ฏ๐ถ๐น ๐๐ฎ๐ฟ๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐, ๐๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ธ ๐น๐ถ๐บ๐ถ๐ & ๐๐๐๐ฎ๐ต ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฐ๐น๐ฎ๐ถ๐บ? ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ธ๐๐.
Dengan Ezcare,
ini memang warranty pilihan Malaysia.
Cover seluruh Malaysia , tak kira anda di mana,
dan paling penting, unlimited claim & fast approval.
Tak perlu risau banyak syarat,
tak perlu tunggu lama.
โ๏ธ Cover satu Malaysia
โ๏ธ Unlimited claim
โ๏ธ Approval cepat & mudah
Baru betul-betul rasa yakin bila drive.
Ezcare , warranty pilihan Malaysia. ๐๐
---------------------------------------
๐จ ๐๐ผ๐ ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ ๐ฏ๐๐ ๐๐ผ๐ผ ๐บ๐ฎ๐ป๐ ๐น๐ถ๐บ๐ถ๐๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐๐น๐ผ๐ ๐ฐ๐น๐ฎ๐ถ๐บ๐? ๐ง๐ต๐ฎ๐โ๐ ๐๐ต๐ฒ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ฏ๐น๐ฒ๐บ.
With Ezcare,
this is Malaysiaโs preferred warranty.
Coverage nationwide, wherever you are,
plus unlimited claims & fast approval.
No complicated terms,
no long waiting time.
โ๏ธ Nationwide coverage
โ๏ธ Unlimited claims
โ๏ธ Fast and easy approval
Now you can drive with confidence.
Ezcare , Malaysiaโs preferred warranty. ๐๐
---------------------------------------
For more information, contact us at :-
โ๏ธ 1 300 88 8287 / 03 8922 0572
"๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐"
25/08/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ KPM Beranang, Selangor
๐
16 Ogos 2026
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat keluarga besar KBJB! ๐โค๏ธ
Liga Remaja Beranang 2026 menggunakan format liga sepenuhnya, pasukan yang mengumpul mata tertinggi selepas tamat semua perlawanan akan dinobatkan sebagai juara.
Ibarat harimau terluka selepas kekalahan pertama, KBJB U16 tidak membiarkan kekecewaan menguasai diri. Sebaliknya, mereka bangkit dengan lebih garang, lebih berdisiplin dan lebih yakin. Kebangkitan itu diterjemahkan dengan 3 kemenangan berturut-turut serta benteng pertahanan yang kebal menerusi 3 aksi clean sheet, membuktikan mentaliti juara pasukan ini.
Keputusan Perlawanan:
KBJB (2) vs KESUMARIANS (3)
โฝAngah
โฝIzrul
KBJB (1) vs Putra Jasmin (0)
โฝ own goal
KBJB (2) vs 1V1 FC (0)
โฝHilman
โฝAreef Rayyan
KBJB (1) vs LJFC (0)
โฝHaziq
๐ฅ JUARA LIGA REMAJA BERANANG U16
Tahniah buat semua pemain, jurulatih dan ibu bapa atas sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi. Kejayaan ini adalah hasil daripada disiplin, kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi.
Teruskan melangkah, teruskan memburu kejayaan. Mentaliti juara bukan tentang tidak pernah jatuh, tetapi bagaimana kita bangkit selepas tersungkur. ๐ฅ
KBJB
Pride Of Bangi
24/08/2026
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal, 1448H.
Marilah pelatih semua contohi sifat sabar, jujur, dan semangat persaudaraan Rasulullah SAW dalam bolasepak dan kehidupan seharian
Disiplin, cergas, sihat, semangat berpasukan, jaga lisan, dan hormati lawan!
14/08/2026
NOTIS LATIHAN MINGGU INI
Selamat berjumpa kembali untuk semua pelatih pada sesi latihan minggu ini.
Jangan lupa bawa air yang mencukupi!
03/08/2026
Bangkit Daripada Kekalahan, Menjulang Kejuaraan! ๐๐๐
LAPORAN PENYERTAAN
LaGila Soccer Tournament TPC FC Cup 2026 (U14)
๐
18 Julai 2026
๐ Padang ILSAS TNB
๐ JUARA TUAH CUP
Ada kemenangan yang hadir kerana bakat. Ada p**a kemenangan yang lahir daripada semangat untuk tidak mengalah.
Itulah kisah skuad Kelab Bola Sepak Junior Bangi (KBJB) U14 di LaGila Soccer Tournament TPC FC Cup 2026.
Kempen bermula dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Serama FA pada aksi pembukaan. Namun, kekalahan itu tidak mematahkan semangat pasukan. Sebaliknya, ia menjadi titik kebangkitan.
KBJB bangkit dengan penuh keyakinan, memenangi baki perlawanan peringkat kump**an untuk mara ke suku akhir. Di peringkat kalah mati, pasukan terus menampilkan aksi yang lebih matang, berdisiplin dan berani sehingga berjaya menewaskan setiap lawan yang dihadapi.
Lima kemenangan berturut-turut akhirnya membawa KBJB ke pentas final, sebelum menewaskan Kesumarians FC 3-1 untuk dinobatkan sebagai Juara Tuah Cup.
Keputusan Perlawanan
Peringkat Kump**an
โฝ KBJB 0โ1 Serama FA
โฝ KBJB 4โ0 SK Football Admy
โฝ KBJB 1โ0 J4FC Beast
Suku Akhir
โฝ ASFA Fighters 1โ2 KBJB
Separuh Akhir
โฝ KBJB 2โ1 Seimpian FC
Final
๐ KBJB 3โ1 Kesumarians FC
Statistik Kejohanan
๐ Juara Tuah Cup
โฝ 11 gol dijaringkan
๐ฅ
4 gol dibolosi
โ
5 kemenangan
โ 1 kekalahan
Kejayaan ini membuktikan bahawa dalam bola sepak, perlawanan pertama tidak menentukan pengakhiran. Yang membezakan sesebuah pasukan ialah bagaimana mereka bangkit selepas diuji.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain U14 yang mempamerkan disiplin, keberanian dan semangat juang yang luar biasa sepanjang kejohanan. Penghargaan juga kepada barisan kejurulatihan atas persiapan rapi serta bimbingan yang berjaya membentuk sebuah pasukan yang terus berkembang dari satu perlawanan ke satu perlawanan.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa, penyokong dan seluruh keluarga besar KBJB yang sentiasa bersama pasukan. Sorakan dan sokongan anda menjadi kekuatan tambahan buat anak-anak di atas padang.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras, merendah diri dalam kemenangan, dan terus membawa nama Kelab Bola Sepak Junior Bangi ke tahap yang lebih tinggi.
Tahniah KBJB U14! Perjalanan masih panjang, tetapi satu lagi kejayaan telah berjaya dilakar. ๐๐
03/08/2026
Seminggu berkelana di bumi Tembok Besar yang pesat membangun, akhirnya skuad KBJB selamat kembali ke tanah air. ๐ฒ๐พ๐จ๐ณ
Xingyi Luzhun Football Town di Xingyi City menjadi medan pertemuan pasukan-pasukan muda dari pelbagai negara. Kompleks sukan seluas hampir 200 hektar ini dilengkapi padang bola sepak, gelanggang bola keranjang, gimnasium serta kemudahan penginapan yang mampu menempatkan sehingga 1,500 pesertaโsatu fasiliti bertaraf antarabangsa yang direka khusus untuk pembangunan bola sepak akar umbi.
Sepanjang kejohanan, skuad KBJB U9 (5v5) mengumpul 360 minit waktu permainan, manakala KBJB U9 (8v8) beraksi selama 280 minit. Dalam tempoh enam hari, para pemain memperoleh minit permainan yang sangat bernilai untuk pembangunan teknikal, taktikal dan mental.
U9 (5v5) โ Naib Juara Championship Cup ๐ฅ
KBJB berjaya mara ke perlawanan akhir Championship Cup dan sekali lagi bertemu Chongqing Xipeng Youngster FC, lawan yang pernah menewaskan mereka di peringkat kump**an.
Final bermula dengan aksi yang seimbang. Selepas 12 minit tanpa jaringan, pasukan Chongqing berjaya memecah kebuntuan sebelum menguasai permainan. Mereka mempamerkan kualiti individu yang tinggi dengan beberapa pemain mampu menggunakan kedua-dua belah kaki dengan baik.
Walaupun tewas, pencapaian mara sehingga ke pentas akhir merupakan satu kejayaan yang wajar dibanggakan. Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.
U9 (8v8) โ Juara Plate Cup ๐
Skuad U9 (8v8) tidak berjaya melayakkan diri ke Championship Cup, namun bangkit memberikan aksi cemerlang dalam saingan Plate Cup.
Dengan hanya tiga pasukan bertanding, perlawanan dijalankan secara round-robin. KBJB mencatat kemenangan ke atas Chongqing Guanda sebelum seri dengan Chongqing Qihang Club. Kutipan 4 mata sudah cukup untuk menobatkan KBJB sebagai Juara Plate Cup U9 (8v8).
Namun, lebih penting daripada trofi ialah pengalaman.
Bersaing di pentas antarabangsa menguji keberanian, disiplin, kemampuan menyesuaikan diri dan kekuatan mental setiap pemain. Anak-anak KBJB membuktikan bahawa setiap cabaran bukanlah penghalang, sebaliknya peluang untuk belajar, berkembang dan menjadi pemain yang lebih matang.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan atas komitmen, disiplin dan semangat yang ditunjukkan sepanjang berada di China. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang memberikan kepercayaan kepada anak-anak untuk membawa nama KBJB dan Malaysia dalam 2026 โ PLAY ALL OVER THE COUNTRY Youth Football Invitational Tournament.
Anak Harimau Anak Beruang,
Perut Berangin Makan Halia.
Terima Kasih Para Pejuang,
Mengangkat KBJB di Mata Dunia.
KBJB HuuHaaa! ๐ดโฝ