02/07/2026
Dunia Seni Silat Melayu Kedah
Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia atau pun lebih dikenali dengan DSSM.
DSSM KEDAH adalah Persatuan Berdaftar dibawah Badan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). DSSM wujud di Peringkat Malaysia dan cawangan di beberapa negeri di dalam Malaysia
02/07/2026
01/07/2026
Program Jerayawara Pengurusan Warisan bersama Jabatan Warisan Negara di Muzium Akeologi Lenggong Perak selama dua hari. 29-30 June 2026.
Tuan Roslim B. Abu bersama Tuan Muhammad Zuraimi Razali selaku Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia telah turut serta dalam Program sepanjang dua hari tersebut.
DSSM Malaysia telah berjaya membentangkan "Kanvas Strategi Dunia Seni Silat Melayu" yang mana akan menjadi garis panduan dalam mengekalkan pengiktirafan "Silat" sebagai warisan dunia tidak ketara di UNESCO.
Semoga usaha ini menjadi penanda aras dan meletakkan jasa serta membuktikan DSSM Malaysia sejak dari dahulu hingga kini sentiasa komited dalam membawa objektif dan memperjuangkan suara komuniti dunia silat merangkumi moto MENYATU MEMAJU MEMBUDAYA MEMARTABAT.
Tahniah juga kepada pihak Jabatan Warisan Negara atas inisiatis mengnjurkan program ini.
23/06/2026
π₯ PENCARIAN IKON SILAT & KEPIMPINAN 2026 π₯
TERBUKA NEGERI KEDAHπ°
Adakah anda pewaris kepimpinan silat yang kami cari?
βοΈ Dewan Hulubalang Muda (Lelaki)
πΈ Dewan Srikandi (Wanita)
π
18 Julai 2026 (Sabtu)
β° 8.00 Pagi β 5.00 Petang
π Gelanggang Induk Seni Gayung Silat Harimau Panchasila Kedah
β
Umur 18 β 40 Tahun
β
Aktif dalam dunia persilatan
β
Berakhlak, berdisiplin dan berjiwa pemimpin
β
Mampu memberi komitmen kepada gerak kerja dan program persatuan
π Tarikh Tutup Penyertaan:
11 Julai 2026
π Bukan sekadar mencari juaraβ¦
Kami mencari pewaris warisan, pemimpin masa hadapan dan ikon yang akan mengangkat martabat Seni Silat Melayu.
π Urusetia:
013-410 3372
http://www.wasap.my/60134103372/Temuduga
βMencari Pewaris Warisan, Melahirkan Ikon Kepimpinan Silat Masa Hadapan.β π₯
23/06/2026
Amanat untuk pesilat dan anak murid:
Seorang pesilat yang hebat bukan hanya dinilai pada cekapnya gerak, tajamnya buah, atau tingginya ilmu persilatan semata-mata. Hakikat seorang pesilat sejati ialah apabila dirinya turut diperkemaskan dengan kekuatan tauhid, kefahaman agama, asas ibadah, fiqh, adab, dan akhlak yang mulia. Kerana ilmu persilatan tanpa panduan agama boleh menjadikan seseorang kuat pada zahir, tetapi lemah pada batin.
Maka menjadi tanggungjawab setiap guru, jurulatih dan pesilat untuk sentiasa menyampaikan perkara-perkara yang baik kepada anak-anak murid dan para pelatih, mengajak mereka mengenal, memahami dan cuba mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Walaupun kita sendiri masih mempunyai banyak kekurangan dan masih belajar memperbaiki diri, itu bukan alasan untuk berhenti menyampaikan kebaikan.
Dalam dunia persilatan, ilmu agama adalah tunjang kepada pembentukan jati diri. Dengan gabungan kekuatan jasmani, rohani dan akhlak, akan lahirlah insan yang bukan sahaja mampu menjaga dirinya, tetapi juga menjaga keluarga, agama, bangsa dan tanah air. Itulah hakikat sebenar perjuangan seorang pesilat β bukan sekadar menjadi kuat, tetapi menjadi insan yang bermanfaat dan berprinsip.
- Ustaz Nadzhari Mahmud
Ketua Unit Tarbiah & Sahsiah DSSM Kedah
23/06/2026
16/06/2026
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H
Semoga lembaran tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan dan kekuatan untuk terus melangkah dengan iman, memelihara maruah serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Salam Maal Hijrah 1448H πβ¨
Ikhlas daripada:
Guru Muda Hisham Mohd Hashim
YDP Persatuan Seni Silat Cimandi Tun Perak Malaysia
Ketua Dewan Hulubalang DSSM Malaysia
15/06/2026
"Hijrah adalah warisan para pejuang. Bangkitlah dengan keberanian, melangkah dengan iman, dan berjuang demi redha Ilahi."
15/06/2026
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran
Seri Setia Hulubalang Dewangga
Cikgu Muhammad Mahyuddin B. Haji Din
Semoga dikurniakan kesihatan, keberkatan umur,
dipermudah segala urusan dan terus cemerlang
dalam perjuangan memartabatkan Seni Silat Melayu.
14/06/2026
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan sahabat kita, Abdul Rahim Bin Ahmad (Rahim Serunai Felda Lubuk Merbau) telah ditimpa kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki sehingga patah tiga. Kini beliau sedang menerima rawatan dan memerlukan sokongan bagi menampung kos rawatan serta keperluan harian tidak dapat bekerja sudah hampir 2 bulan dan dijangkakan memerlukan hampir 6 bulan untuk sembuh kembali.
Sehubungan itu, kami memohon jasa baik sahabat-sahabat semua untuk bersama menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban beliau dan keluarga.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
π¦ Bank Islam
No Akaun: 02011020643154
Nama Akaun: Ismail B. Ahmad @ Abg Mail Sate
π 017-4455639
Semoga setiap sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih. π€²π»
Click here to claim your Sponsored Listing.